Banyak negara telah mengharamkan penggunaan merkuri pada produk kosmetik. Merkuri selalunya digunakan dalam kosmetik untuk mencerahkan kulit muka.
Jangan ambil remeh tentang produk kosmetik bermerkuri dan beracun. Apa yang pasti, ia beri kesan buruk pada kulit anda!
Jom kita selidik 8 BAHAYA MERKURI DALAM BAHAN KECANTIKAN di details setiap gambar‼️ Dan jangan tak tahu, kebanyakan produk yang murah mengandungi Merkuri yang tinggi π¨
Psst! Komen dan share untuk kongsi manfaat pada rakan2 yang lain π
1. KULIT AKAN MENJADI GELAP/KUSAM SAAT PEMAKAIAN KOSMETIK DIHENTIKAN
Memang pada mulanya kulit akan menjadi putih, tapi apabila pemakaian kosmetik bermekuri dihentikan, kulit akan menjadi gelap dan kusam.
2. FLEK HITAM PADA KULIT AKAN MEMUCAT.
Merkuri akan beri kesan flek hitam pada kulit dan apabila pemakaian dihentikan, flek hitam tersebut akan timbul dan mungkin akan bertambah parah.
3. Memperlambatkan pertumbuhan janin & akibatkan keguguran
Jangan ambil mudah. Kosmetik yang mengandungi Merkuri mampu menyebabkan kematian janin dan mandul.
4. Kulit pada awalnya bersih akan menjadi kelabu
Kesan merkuri pada kulit memang akan memberikan kesan yang terbaik seperti kulit menjadi bersih. Tapi lama-kelamaan kulit akan berubah menjadi kelabu dan kehitaman.
5. Mengakibatkan kanser kulit
Apa yang pasti ia akan beri kesan buruk pada kulit dan akibatkan kanser kulit. Paling teruk ia merosakkan buah pinggang.
6. Kulit akan jadi kemerahan apabila terkena matahari
Walaupun mampu berikan kesan menakjubkan pada kulit, tetapi pemakaian awal kosmetik bermerkuri akan menyebabkan iritasi pada kulit dan kemerahan bila terkena sinaran matahari.
7. Jerawat tidak muncul kerana kulit rosak
Kosmetik bermerkuri buatkan kulit bebas dari jerawat. Tapi ia disebabkan oleh lapisan kulit epidemis telah rosak, tidak mengandungi protein dan melanin kulit tidak berfungsi lagi.
8. Pori-pori mengecil kerana kulit wajah jadi nipis
Produk kecantikan bermerkuri akan buatkan pori-pori wajah mengecil dan halus. Tapi ia disebabkan oleh lapisan kulit wajah telah nipis. Lebih parah kulit rasa terbakar apabila terdedah sinaran matahari.
No comments:
Post a Comment