3 TIPS UNTUK MUSLIMAH BERSOLEK :
Bersolek boleh memberikan keyakinan dan penampilan yang segar. Orang pun selesa berurusan dengan kita jika kelihatan "Ready!". Sis kongsikan serba sedikit praktis tips bersolek :
1. Gunakan warna-warna yang 'natural' SAHAJA.
- Elakkan lipstik yang berwarna garang dan kelihatan terlalu menarik perhatian seperti warna merah, purple, pink terang, maroon gelap dan sebagainya.
- Pilih warna-warna yang SESUAI dengan warna kulit dan HAMPIR dengan warna semulajadi bibir kita.
- Elakkan warna-warna yang terang seperti eye shadow hijau, biru, ungu dan sebagainya. Jika perlu, pilih yang berwarna natural seperti coklat dan perang (bronze).
- DYXY COSMETICS menggunakan pendekatan make up natural untuk sesi photoshoot kami kerana kami percaya, konsep make-up hanyalah untuk menyerikan dan meningkatkan ketrampilan bukannya sehingga jadi topeng di muka.
2. Jangan gunakan bulu mata palsu!
- Bulu mata palsu adalah sama hukumnya seperti menyambung rambut dan ianya adalah HARAM. Jika mahu, boleh gunakan sedikit mascara. Pastikan dibersihkan sempurna jika mahu ambil wudhuk!
- Kedua-dua pihak yang terlibat dalam memakai dan memakaikan bulu mata palsu mendapat dosa.
- Maknanya, walaupun make up artist sekadar memakaikan, tetap dapat saham dosa seperti pemakainya. Be careful terutamanya make-up artist beragama Islam!
- Dulu masa kami tak tahu, kami juga memakai bulu mata palsu dalam photoshoot (astaghfirullahalazim), tapi lepas dah tahu kami terus maklumkan kepada make up artist untuk tidak menggunakan bulu mata langsung untuk model ELLE ZADA.
3. Kening TIDAK DICUKUR / DICABUT!
- Antara perkara yang menjadi kelaziman adalah mencukur kening. Tahukah anda bahawa ianya adalah HARAM dan BERDOSA?
“Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka ( al Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (Al Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah” Riwayat (Al Bukhari, Muslim, Abu Daud)
Kesimpulannya? Kecantikan sebenar seorang wanita itu adalah pada akhlaknya. Jadi bersederhanalah dalam berhias.
InsyaAllah dengan itu dapat menundukkan nafsu dan mencegah fitnah.
SHARE mesej ini dan didoakan lebih ramai mendapat manfaatnya. InsyaAllah!
No comments:
Post a Comment