Sunday, 31 December 2017

Kenapa foundation cerah bertukar gelap selepas satu jam??




Kebanyakkan daripada kita bila try makeup kat kauter MAC/NARS/Loreal atau mana mana counter makeup warna foundation tu nampak cantik dan match dengan skin kita.. tapi bila sejam terus nampak gelap atau kusam dan sebagainya.. why???
Masti frust tambah tambah bila kita dah terbeli foundation tu, and then bila masuk toilet or balik rumah tgk muka jadi lagi gelap drpd warna kulit asal.. (sia sia cucuk vit c dan makan kollegen)


So, kenapa foundation bertukar warna gelap?

1. Perkara spt ni berlaku disebabkan proses tindak balas kimia iaitu “oxidation” (sama spt buah isi epal bertukar jadi oren bila terdedah pada udara). Oxidation berlaku apabila minyak pada muka bertindak balas dgn pigment warna dalam foundation tu dan pH kulit.
2. Mungkin disebabkan warna lighting kuning dalam counter tersebut, bila lighting warna kuning.. foundation gelap akan nampak cantik dan glow, and warna cerah akan nmpak sedikit kelabu.

Mcm mana nk elakkan oxidation?

1. Penggunaan primer boleh kurangkan masalah ni sbb primer akan menyerap dan membantu proses penheluaran minyak di muka dan bagi “barrier” antara skin dan products
2. Guna skin care yg betul, yang dapat kurangkan minyak di muka dan balancekan pH di wajah
3. Gunakan foundation yg waterbase mungkin dapat kurangkan oxodation
4. Guna CC CREAM sbb pigment warna dalam products ni membantu utk brighten up the skin color.
5. Kalau anda berada di kaunter, jangan beli dulu foundation tu, ambil sedikit masa utk jalan2 kat mall dalam satu hingga dua jam dan tengok tindak balas foundation tu dengan kulit anda. Pastikan anda check dengan cahaya lampu putih atau pergi keluar mall tgk warna kulit korang kat cahaya matahari, kelabu ke? gelap ke? cerah ke?kalau tak berubah warna dan maintain baru beli. Antara dialog yg boleh korang ckp kat kaunter tu bila promoter dah pakaikan foundation adalah, “terima kasih cik, saya suka sgt warna ni.. match sgt dengan kulit saya.. tapi cik, kulit saya ni sometime dia oxidised and foundation jadi gelap, boleh tak saya saya nk jalan2 dlu kejap, nk tgk warna foundation ni mantain tak, kalau ok nnt saya dtg cari cik ya” (dia bagi mane card dia dan korang pun bereder lah)
SHARE SHARE SHARE 😍













No comments:

Post a Comment